- IES 2009 (Malay)  
   - IES 2009 (Mandarin)  
     
     
  Articles
 
Building Your Business
Jadilah Usahawan Dari Rumah
Malaysia Budget 2009
Rangcangan Malaysia ke-9
Tidak Mempunyai System Untuk Berjaya
Usahawan Kecil dan Serdahana Tidak Fokus
What Can You Do In Though Times
 
 
   
Other Articles: Building Your Business
  Jadilah Usahawan Dari Rumah
  Malaysia Budget 2009
  Rangcangan Malaysia ke-9
  Tidak Mempunyai System Untuk Berjaya
  Usahawan Kecil dan Serdahana Tidak Fokus
  What Can You Do In Though Times
   

Tidak Mempunyai Sistem Untuk Berjaya
~Kurang Modal, Penyelidikan dan Ketahanan Diri (Milenia)(January 2009)

“Masalah orang Melayu berniaga tidak maju kerana mereka tidak mempunyai system yang bersepadu untuk memajukan sesuatu perniagaan walaupun sudah lama berniaga. Pengalaman saya sendiri apabila membuat kertas cadangan kepada kementerian, terlalu banyak prosedur yang perlu dipenuhi sebagai syarat pinjaman modal di tambah dengan birokrasi. Ini semua tidak melemahkan usahawan kecil-kecilan untuk memohon dana dan mengikuti latihan keusahawan.” – Suhaimi Abas.

Dianggarkan terdapat 600,000 usahawan IKS yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ramai yang berpendapat usahawan kecil dan sederhana (IKS) ini perlu dibentuk supaya mereka lebih kompetitif serta mampu berkembang dalam dunia perniagaan.

Mendepani hal ini, kelemahan IKS dalam pelbagai factor menjadi batu penghalang kemajuan IKS itu sendiri apabila kurangnya tumpuan diberikan kepada pembangunan penyelidikan menyebabkan mereka sering ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Daripada 92 peratus syarikat-syarikat IKS di Malaysia hanya enam peratus menyumbang pada KDNK dan 7.7 peratus daripada keseluruhan guna tenaga. Angka ini adalah lebih rendah daripada peratusan peringkat global di mana sebanyak 80 peratus syarikat IKS menyumbang kepada 50 peratus daripada KDNK dunia.

Sedangkan syarikat IKS mempunyai potensi yang besar dengan syarat mampu mengguna pakai inovasi produk dan proses, membina keupayaan perniagaan dan teknologi serta meningkatkan pemasaran produk melepasi pasaran tradisional.

Bagi mencapai tahap itu sepatutnya syarikat IKS melabur dalam inovasi, teknologi, pekerja dan proses-proses yang mengupayakan inovasi supaya memastikan pembangunan berterusan produk-produk dan perkhidmatan baru yang boleh bersaing di pasaran global.

Pengarah Urusan Otai Holding Sdn. Bhd, Suhaimi Abas menegaskan, perniagaan yang mudah diceburi oleh IKS adalah melalui system francais. Sungguhpun begitu tidak ramai usahawan yang berminat untuk memulakan perniagaan sedemikian kerana kos yang tinggi berbanding memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Pengalamannya berniaga burger selama 20 tahun, dalam industri makanan memerlukan komitmen dan kemudahan yang mencukupi untuk terus bersaing.

Katanya dengan modal kecil dan tanpa pinjaman daripada bank atau skim pinjaman usahawan yang ditawarkan oleh kerajaan, beliau mengorak langkah untuk bersaing dengan beberapa syarikat francais luar negara seperti McDonald.

“ Tidak ramai individu seperti saya yang berjaya ke tahap ini hasil usaha dan kegigihan tanpa sokongan modal dari mana-mana institusi di peringkat awal saya memulakan perniagaan kecil-kecilan ini.

“ Masalah orang Melayu berniaga tidak maju kerana mereka tidak mempunyai system yang bersepadu untuk memajukan sesuatu perniagaan walaupun sudah lama berniaga. Pengalaman saya sendiri apabila membuat kertas cadangan kepada kementerian, terlalu banyak prosedur yang perlu dipenuhi sebagai syarat pinjaman modal di tambah dengan birokrasi. Ini semua tidak melemahkan usahawan kecil-kecilan untuk memohon dana dan mengikuti latihan keusahawan,” ujarnya yang kini telah menubuhkan enam anak syarikat Otai.

Pengarah Urusan, Ultra Sepadu Sdn. Bhd, Puan Faizah Abdul Jalil pula berkata kelemahan Bumiputera amat ketara dari segi penambahbaikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menjamin kualiti produk.

Untuk bersaing dua perkara itu amat penting, katanya, namun kerana kekurangan modal perkara ini tidak dianggap penting oleh sebahagian usahawan. Syarikat kini yang mempunyai pensijilan ISO 1900:2000 menawarkan penjualan makanan sejuk beku dengan jenama ‘Iwani’.

“Sebagai usahawan pengeluar makanan sejuk beku, penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan amat penting untuk menjamin kualiti yang mana kami bekerjasama dengan agensi kerajaan selain daripada kami berusaha untuk mengetengahkan perniagaan ini secara kios dan kedai runcit,” ujarnya yang telah menubuhkan dua lagi anak syarikatnya Iwani Frozen Food Sdn. Bhd dan USSB Retail Sdn. Bhd.