Jadilah Usahawan DARI RUMAH
SELAIN MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN, MENJALANKAN PERNIAGAAN DI RUMAH MENAWARKAN BANYAK KEUNTUNGAN YANG LAIN. NAMUN BEGITU, UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN (SEKALIPUN DI RUMAH) TIDAKNYA SEMUDAH YANG DIBAYANGKAN. BAHKAN FAKTOR UTAMA UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN JUGA HARUS TEPAT DAN TIDAK MEMADAI JIKA SEKIRANYA BOSAN DENGAN PEKERJAAN SEKARANG MENJADI ALASAN. TELITI TIP DI BAWAH UNTUK MENJADI USAHAWAN DARI RUMAH.
HOBI – IDEA AWAL
Memulai usaha daripada hobi bukan sekadar impian. Kita pasti akan lebih bersemangat jika melakukan pekerjaan yang disukai. Namun adalah lebih baik jika anda mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan kekurangan hobi yang akan anda jadikan sebagai satu sumber pendapatan. Ada yang menganggap kecintaan terhadap satu-satu hobi yang dimilike mampu memberi satu peluang besar kepada anda.
Kerja 24 jam Tanggapan anda salah jika menganggap menjalankan perniagaan di rumah aan lebih memudahkan. Bisnes di rumah juga memaksa anda untuk bergaul 24 jam dengan pekerjaan anda.
Jika pekerja di pejabat mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan tetapi tidak bagi yang bekerja di rumah. Jika tidak bernasib baik, ketika anda sudah menarik selimut pun ada pelanggan yang mengetuk pintu untuk memesan barangan. Begitu juga jika anda terlalu ghairah mengambil pesanan yang berderet panjangnya. Akibatnya, mahu atau tidak, anda perlu menyiapkannya tanpa mengira waktu untuk anda berehat.
Atur strategi Sebagai penaik semangat, apa kata jika anda memberi ganjaran untuk diri sendiri. Dengan cara ini, anda akan lebih bersemangat untuk menaikkan jualan. Semakin banyak yang terjual, bermakna anda akan mendapat lebih ganjaran sekali gus meningkatkan motivasi anda untuk berjaya.
Belajar
Walaupun hasil pertama anda kurang memberangsangkan, anda tidak harus mengalah dan patah semangat. Sebaliknya anda boleh menambah pengetahuan terhadap bidang yang diminati dengan mengikuti kursus berkaitan. Lebih baik juga jika anda lakukan penambahbaikan atau bereksperimen untuk mendapatkan produk yang lebih berkualiti. Mungkin dengan cara ini, anda berjaya menambat hati pelanggan. Sememangnya, kejayaan perniagaan yang dilakukan sendiri di rumah ini harus didukung dengan kemahuan untuk terus belajar.
Modal
Kebiasaanya perkara modal akan menjadi masalah utama dalam langkah memulakan perniagaan. Sebagai permulaan, anda melaburkan modal yang kecil kerana masih dalam peringkat memperkenalkan produk. Namum semakin lama anda menerajui sesebuah perniagaan, anda harus mempunyai stok yang banyak bagi menampung perminataan.
Pentingnya rangkaian Kecanggihan teknologi diakui sangat menolong kemajuan dalam memajukan perniagaan. Dengan membuat laman web sendiri, anda tentunya akan mendapat pesanan dari seluruh Negara, malah tidak mustahil jika memperoleh pelanggan daripada luar Negara Pelanggan lain uga boleh memperpanjangkan lagi perniagaan anda. Hebatnya kuasa promosi mulut ke mulut juga menjadikan produk anda akan rancak diperkatakan. Ternyata melakukan ‘extra’ usaha akan membuahkan hasil.
Pelanggan adalah raja Selain menjadi majikan kepada diri sendiri dan boleh mengatur waktu kerja sendiri, ketahuilah bahawa pelanggan adalah raja kepada usahawan. Merekalah yang membuat keputusan sama ada mahu membeli produk anda atau tidak.
Anda juga harus melayan pelanggan dengan begitu istimewa. Harus sabar dengan kerenah pelanggan juga antara syarat yang perlu dipatuhi. Biarpun rungutan yang diberi begitu memedihkan telinga, terimanya dengan positif. Minta juga pandangan daripada para pelanggan untuk meningkatkan lagi mutu produk yang dipasarkan.
ANDA BOS TETAPI JANGAN LUPA
1. Atur waktu bekerja
Sediakan satu ruang khusus di rumah sebagai tempat bekerja. Tetapkan juga waktu tertentu.
2. Disiplin
Jangan bergantung kepada mood bekerja sahaja. Tetapkan diri dengan matlamat anda untuk berjaya.
3. Jangan berhenti
Jangan hanya disebabkan produk anda ditolak oleh seorang pelanggan membuatkan anda berputus asa. Percayalah, di mana ada jalan, di situ ada kejayaan.
4. Cari ketua
Pilih ahli keluarga atau teman rapat yang boleh mengawal anda untuk terus mencapai tujuan yang ditetapkan. |