Usahawan Bebas @ Independent Entrepreneurs (I.E.), cara baru untuk yang miskin dan terdesak
I.E.adalah individu yang bebas dan betul-betul bebas daripada dasar serta peraturan dalam syarikat. I.E. bebas memilih kerja, masa dan kehidupannya sendiri . Spesifikasi tugas dan modus operandi sentiasa berubah mengikut perkembangan baru perniagaannya. Pekerjaannya menggalakkan usaha dalam pengurusan diri dan kesedaran diri demi untuk perkembangan yang lebih pesat pada masa depan. Secara ringkasnya, dia bekerja untuk diri sendiri dan beliau merupakan tunggak perniagaannya.
'‘Bebas” itu merupakan impian kepada ramai tetapi pengalaman hanya boleh diperolehi di dunia perniagaan sebenar. Ramai menemui kesukaran dan kegagalan dalam dunia perniagaan. Bagaimana kita boleh merealisasikan impian kita dan menjadi I.E. yang berjaya ?
Di kalangan 21 negara dalam Kokus Ekonomi Asia Pasifik (APEC), industri kecil dan sederhana setiap negara menyumbangkan 97%-99.7% daripada jumlah entiti industri, menawarkan 55% – 78% pekerjaan, 50% daripada KDNK negara tersebut, dan 40 – 60% daripada hasil eksportnya. Di Amerika Syarikat, Silicon Valley hampir kebanyakan daripadanya terdiri daripada industri kecil dan sederhana. Maka tidak hairan Amerika menggelar industri kecil dan sederhananya sebagai tunggak ekonomi Amerika.
Jenis I.E.
- Pedagang internet
- Broker saham
- Artis Laman Web
- Meniaga dari rumah
- Agen perkhimatan kewangan
- Pengendali pengangkutan
- Ejen hartanah
- Pengedar jualan langsung
- Agen insurans
- Agen unit amanah
- Pembaikpulih komputer/telefon bimbit
- Pemilik syarikat kitar semula
- Penulis surat wasiat
- Jurulatih
- Perunding
I.E. memerlukan modal kerja (permulaan) yang tinggi
- Ramai I.E. tidak mampu menanggung kos permulaan yang tinggi dalam perniagaan baru.
- Monopoli oleh peniaga besar “meruntuhkan” perkembangan I.E.
- Perniagaan I.E. biasanya lebih cepat jatuh
- Ramai I.E. kerap “menceburi dan meninggalkan” pasaran dengan mudah
- Perancangan awal yang tidak mencukupi mempercepatkan kegagalan I.E.
- Kebanyakan I.E. cenderung bersikap tidak serius menyebabkan kepincangan dalam perancangan kewangan.
- I.E. mudah puas dengan pencapaiannya. Mereka tidak merancang dan menggunakan kewangan dengan baik untuk perkembangan masa depan.
- I.E. tidak biasa bekerja secara berpasukan dan mudah melepaskan keuntungan jangka panjang untuk keuntungan jangka pendek.
- Kebanyakan I.E. beraksi keseorangan di dunia perniagaan, yakni meningkatkan peluang kegagalan
Ciri-ciri dalam I.E. yang Berjaya
- Tekun
- Pra-perancangan yang teliti (termasuk modal kerja, premis perniagaan, kajian pasaran, ujian pemasaran dan sebagainya)
- Latihan kukuh dalam pemulaan perniagaan dan kemahiran pengurusan
- Mempunyai sokongan penuh dari institusi kewangan untuk perkembangan pesat
- Mempunyai perunding pengurusan perniagaan yang boleh dipercayai
- Transfom kepada industri kecil dan sederhana apabila perniagaan “kembang”
Untuk I.E yang Berjaya
Kini, dengan kegawatan ekonomi sedunia yang masih membimbangkan, adalah penting untuk memulakan perniagaan baru. I.E. boleh membekalkan 2 – 3 peluang pkerjaan, oleh itu membantu seseorang I.E. dalam pembangunan perniagaannya dan seterusnya menjadi peluang baik untuk mewujudkan lebih banyak peluang kerja.
Sebagai suatu bahagian yang paling ringkas dan lemah dalam sector perniagaan arus perdana, adalah lebih mudah untuk seseorang I.E. menceburi dan meninggalkan perniagaannya disebabkan I.E. itu sendiri merupakan satu manifestasi yang ketidakstabilan dan kemeruapan. Oleh itu memang satu fenomena biasa untuk melihat sebilangan besar pekerja bebas masuk dan keluar beramai-ramai dari pasaran pada bila-bila masa. Tetapi kita harus memikirkan cara untuk membantu mereka berjaya dan berkembang dalam perniagaan mereka.
Satu cara ialah melatih mereka dan menambahbaik kemahiran pengurusan mereka
supaya mereka berkembang dengan mantap dan cemerlang dalam perniagaan
agar perniagaan yang gagal dapat diubah dari kerugian menjadi keuntungan menerusi pengukuhan penubuhan asas.
Cara kedua ialah meningkatkan kemampuan pembiayaan supaya tiada kebimbangan mengenai kekurangan dana kewangan dengan meningkatkan kemudahan kredit mereka dan menggalakkan bank untuk memberikan mereka pinjaman sebagai modal permulaan.
Cara ketiga adalah menyelia dan memantau mereka dan memupuk disiplin diri di kalangan pekerja bebas dengan menggalakkan konsep latihan diri, pengurusan diri dan perkhidmatan layan diri agar mereka mengetahui selok-belok etika perniagaan yang baik dan menekankan kepentingan kualiti produk dan perkhidmatan serta manfaat kepada pengguna produk atau perkhidmatan mereka.
|